Golongan kanak-kanak adalah antara golongan yang paling senang untuk jatuh sakit.
Justeru daripada itu, ibu bapa perlulah sentiasa peka akan keadaan anak mereka sekiranya anak mereka jatuh sakit.
Pun begitu, ibu bapa juga perlulah ada sedikit ilmu untuk mengetahui sama ada anak mereka itu perlu mendapatkan rawatan pakar sebelum segalanya terlambat.
Seorang doktor bernama Ahmad Luqman Bukhari ada berkongsikan 5 tanda pernafasan anak dalam bahaya supaya boleh diambil tindakan secara segera.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:
Sang ibu melaung separa kuat dan menangis sambil si suami memeluk erat. Keduanya panik.
“Kenapa dengan anak saya ni doktor? Tadi dia tak macam ni pun.”
Anak kecil itu tiba di jabatan kecemasan hospital dalam keadaan hampir dah tak sedarkan diri. Lembik. Kedua-dua belah tangan dan kakinya terkulai dalam dakapan si ibu.
Kelopak mata tertutup manakala mulutnya sedikit terbuka. Wajahnya sudah pun kebiruan.
Menurut si ayah, mereka perasan si kecil tu nafasnya kelihatan ‘lain macam’ sejak jam 4 pagi lagi. Macam orang kena semput.
Namun mereka menyangka sempatlah nak tunggu waktu operasi klinik kesihatan bermula untuk dapatkan rawatan.
Rupa-rupanya tidak kerana sepantas kilat kondisi anak tu berubah jadi makin teruk.
Tragedi begini sebenarnya bukanlah sesuatu yang jarang berlaku. Kadang tu parents perasan yang si kecil tu tak berapa sihat tapi mereka sendiri tak pasti samada tanda yang mereka lihat tu berbahaya atau pun tak.
Jadi kita selalu fikir anak kita masih boleh bertahan atau pun ahh tak apa esok baik lah tu.
Kawan-kawan yang baik, saya nak pesan sangat-sangat,
Tolonglah perhatikan betul-betul jika si kecil kita tu demam, batuk atau selsema.
Kalau tiba-tiba muncul je tanda-tanda bahaya ni, ambil tindakan segera.
#1. Kadar pernafasan melebihi kadar normal hinggakan dada dan perut berombak turun naik dengan sangat laju.
Kiralah bilangan kadar pernafasan anak kita tu dalam jangka waktu seminit. Kalau perlu catat lebih baik.
-Bayi berusia bawah 2 bulan : lebih 60 per minit = bahaya!
-Bayi berusia 2 bulan hingga setahun : Lebih 50 per minit = bahaya!
-Kanak-kanak berusia setahun hingga 5 tahun : Lebih 40 per minit = bahaya!
#2. Kemudian perhatikan di bahagian tulang rusuk di tepi dada. Sekiranya ototnya kelihatan tenggelam timbul sampaikan berlekuk di antara tulang rusuk setiap kali bernafas = bahaya!
#3. Ada lekuk dibahagian bawah leher = bahaya!
#4. Jika kalian nampak hidung anak kembang kempis = bahaya!
#5. Kulit berubah pucat atau kebiruan = bahaya!
Jika si kecil kita tu ada antara gejala yang saya sebutkan ni, dia sebenarnya sedang mengalami kesukaran bernafas.
Oksigen makin berkurangan dan boleh jadi dia sedang dijangkiti kuman atau virus pada paru-paru.
Jadi pada situasi begini jangan bertangguh lagi. Usahalah supaya dia dikejarkan ke fasiliti kesihatan untuk dapatkan rawatan secepat mungkin sebab kelewatan mungkin akan mengakibatkan kematian.
Yang kita anggap biasa itu boleh jadi cerita duka yang menanti. Saya doakan semoga semua anak-anak kita diberikan kesihatan dan kegembiraan dalam kehidupan.
Senyum mereka adalah ubat kuat untuk kita.
Tolong #share ilmu kecemasan ni dengan ahli keluarga dan kawan-kawan kita yang lain jugak ya.
Sang ibu melaung separa kuat dan menangis sambil si suami memeluk erat. Keduanya panik. “Kenapa dengan anak saya ni…
Posted by Ahmad Luqman Bukhari on Wednesday, November 11, 2020