Dalam meniti kehidupan ini, setiap orang semestinya tidak akan terlepas dari pelbagai ujian yang terkadang sukar untuk dihadapi.
Keadaan ini sama dengan sepasang suami isteri ini yang diuji dengan sakit sehingga dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Rapi.
Lebih memeritkan, bayi mereka yang baru lahir juga dimasukkan ke hospital. Ikuti perkongsian yang dimuatnaik di Facebook oleh sepupu mereka, Emmy Farhany Ahmad di bawah ini.
Salam sahabat dan saudara semua…
Dalam gambar ni sepupu saya Fatin Elika Elisya dan suaminya Aizameen Haqim bersama anaknya. Mereka ada lagi sorang baby girl baru umur 2 bulan dan Fatin baru je habis pantang.
Apa yang cuba saya nak sampaikan… berat ujian sepupu saya sekeluarga ni.. mulanya suaminya kena semput kronik kerana memang ada masalah dengan paru-paru yang sekian lama… masa kena serang tu suaminya dikejarkan ke hospital dan dimasukkan icu. Sekarang dalam keadaan koma… dalam tak sedar dah hampir 2 minggu dah sebenarnya…
Sepupu saya fatin berharap yang suaminya boleh diselamatkan… malam tadi pula.. sepupu saya fatin pula dimasukkan ke icu kerana ada jangkitan kuman dalam darah… fatin terlalu lemah… mulanya suspek denggi… bila darah drop… fatin terus rebah sampai biru-biru muka… maybe terlalu berat nak menanggung ujian dan tekanan emosi dalam keadaan baru je habis pantang bersama 2 anak…
Berat lagi ujian.. dalam mereka suami isteri di icu… harini baby pulak warded beberapa harini.. baby kena cirit birit sampai berak berdarah.. tu yang pergi hospital… rupanya baby pon tak ok… dah la baby dari dalam pantang kena sawan tangis… setiap malam nangis tanpa henti… puas berubat.. tp tak dapat ubati… hanya mengurangkan sikit saja… anak sulung pon tengah tak sihat.. demam… eczema teruk… kesian si abang… saat ini si abang dijaga oleh mak sedaranya…
Jadi… saya nak menyeru kepada insan-insan yang mengenali saya… please doakan untuk sepupu saya ni sekeluarga… berikan kesihatan kepada fatin dan babynya serta anak sulungnya… doakan ada sinar buat aizameen sedar dari koma dan mereka boleh sekeluarga bersama membesarkan anak². Moga doa kalian diangkat oleh Allah SWT dan hanya Dia saja juga yang dpt membalasnya.
Berat ujian sepupu saya tanggung
Kuat dik fatin.. Along dan semua Family Haji Sahri sayang ko dik Sebak sangat.. saat ni rase mcm useless sangat sebab tak boleh balik kampung.. bagi moral support kat family..
Melalui perkongsian Emmy kepada SK, Fatin kini sudah menunjukkan perkembangan yang positif dengan tekanan darah serta denyutan jantung juga sudah stabil. Dia juga kini sudah dipindahkan ke wad biasa.
Keadaan bayi mereka juga sudah semakin membaik.
Moga keluarga Fatin dan Aizameen diberikan kesembuhan dan sihat seperti sedia kala.
Sumber: Emmy Farhany Ahmad