Bukan mudah bagi setiap wanita untuk mengekalkan berat badan yang ideal selepas melahirkan anak.
Mereka perlu mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dan sentiasa konsisten dalam menjaga pemakanan selain terus kekal sihat.
Melalui kiriman Ekin Jamil di Group Diet Suku Suku Separuh, beliau berkongsi mengenai perjalanan diet yang dilakukannya bermula selepas bersalin pada bulan Ogos yang lalu.
Bismillahirahmanirrahim~
Assalammualaikum geng dsss.
11.11.2020
Harini nak share walaupun belum capai berat ideal lagi tapi inchloss banyak amat. Dulu pakai baju saiz XXL sekarang dah muat M/freesize.
Sy start dsss lepas bersalin haritu. 4.8.2020 sampai harini. Baby masih susu badan. Menyusu untuk si abang nye sekali. Sebelum ni memang nak diet tapi tak sampai2 seru tu sebab dalam kepala otak, kalau nak diet, kene buat macam diet atkin.
Stress jugak tengok menu nya eat clean sgt tu yang sampai sudah kelaut je. Last2 jumpa group ni so slow2 follow. Dalam pantang manis saya ambik lagi air horlick dalam sehari ambik 2cawan. Lepas pantang, terus cut off sebarang manisan.
Saya sertakan sekali menu sy makan yg sempat ambik gambar walaupun tak semenggah sangat. Sat lagi ada la geng eatclean komen ‘eh tak boleh ambik kuah’ ‘eh boleh ke makan sos’ eh itu eh ini sy makan jugak semua tp turun jugak tiap minggu makan jela sis/bro selagi tak lebih portion tuu.. sy mkn 5kali sehari. Snacking amik nuts or buah.
Sy punya calculation cam biasa 80% pemakanan, 20% senaman. So sy kira cmni, dlm sehari dah ambik 80% pemakanan, so sy mesti senam 20 minit sehari. 20 minit je buat tak kira la senam apa tapi sy buat tabata, cardio, skipping, senam lengan, wall squat dan plank. Tiap kali senam sy akn mix semua ni jadikan 20minit saje..


