Siakap Keli
Gambar: FB Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

(Gambar) Terperangkap Dalam Longkang, ‘Sang Bedal’ 800Kg Kena Angkut Guna ‘Forklift’

Seekor buaya besar dengan berat sekitar 800 kilogram dilaporkan telah ditemui sesat di dalam sebuah parit di belakang SK St Edmund Limbang, semalam.

Buaya tembaga itu dikatakan mempunyai berat 800kg dan panjangnya 15 kaki itu telah menarik perhatian ramai terutamanya dalam kalangan warganet.

Semalam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menerusi laman Facebook ada melaporkan bahawa pasukan mereka menjalankan khidmat khas membantu menangkap buaya tersebut yang terperangkap di longkang belakang SK St Edmund Limbang.

🚒👨‍🚒Bomba Bantu Tangkap Buaya Tembaga 🐊Khidmat khas membantu pihak forestry Limbang menangkap seekor buaya tembaga…

Posted by Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia) on Tuesday, November 10, 2020

Menerusi perkongsian terbaru di laman Facebook yang sama, buaya berkenaan dilihat sudah dialihkan dari longkang tersebut. Walau bagaimanapun, ianya dilihat telah diangkut mengunakan ‘forklift’ dan seterusnya dihantar ke tempat Penyimpanan Sarawak Forestry Corporation sementara di Kubong.

Proses pemindahan buaya tembaga itu turut dihadiri oleh PPgB Azman Ibrahim, Pegawai Operasi Zon Limbang dan Pegawai daripada SFC.

Proses pemindahan buaya tembaga oleh Pasukan Bomba dengan bantuan menggunakan 'Forklift' dan seterusnya dihantar ke…

Posted by Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia) on Wednesday, November 11, 2020

 

Sumber: Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.