Siakap Keli
Gambar Via The Guardian/EuroNews

Himpunan Buku Bernilai RM10 Juta Yang Dirompak Ditemui, Dikembalikan Kepada Pemilik Asal

Sebanyak 200 buku bernilai USD 2.5 juta (RM10.3 juta) telah dijumpai ditanam di bawah sebuah rumah di Romania pada September lalu iaitu lebih dari tiga tahun setelah ia dicuri dari sebuah gudang di London, lapor Evening Express.

Buku-buku itu yang merangkumi karya-karya Galileo dan Sir Isaac Newton itu dicuri di Feltham, London barat pada Januari 2017.

Gambar Via The Guardian

Pencuri dikatakan menerobos masuk melalui bumbung yang telah dipotong dan dengan mudah memasuki gudang yang menyimpan buku-buku tersebut.

Siasatan mendapati suspek sebahagian daripada kumpulan jenayah terancang Romania yang bertanggungjawab bagi kecurian bernilai tinggi di gudang di seluruh United Kingdom.

Gambar Via Euro News

Kumpulan itu juga telah dikaitkan dengan 11 kesalahan lain di London di mana barang bernilai lebih dari USD 2 juta telah dicuri menggunakan kaedah yang sama iaitu melalui bumbung.

Terbaru, sesetengah dari buku-buku itu telah dipulangkan semula kepada pemilik yang sah.

Menurut The Guardian, polis metropolitan pada Selasa mengumumkan bahawa buku tersebut telah berjaya diserahkan selepas hampir empat tahun kes itu disiasat.

Gambar Via The Guardian

Polis, Andy Durham, yang mengetuai siasatan kes terbabit berkata melihat reaksi semua mangsa yang kembali ‘bersatu’ dengan buku mereka merupakan pengalaman yang penuh emosi.

Sebanyak 83 buah buku juga mengalami beberapa kerosakan yang disebabkan oleh air dan lumpur kerana tersembunyi di bawah tanah.

Pengembalian semula 240 buku kepada empat dari lima mangsa berlaku di Bucharest pada bulan lalu.

“Sangat menyenangkan melihat kegembiraan setiap mangsa bertemu kembali dengan buku-buku yang berharga ini,” kata Durham.

Seramai 12 orang lelaki dipercayai telah dijatuhkan hukuman penjara di mahkamah Kingston pada bulan lalu kerana jenayah tersebut yang dilakukan oleh mereka di sekitar UK.

Sumber: Evening Express, The Guardian

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.