Siakap Keli
Gambar via Google

Kebenaran Penerbangan Tanpa Kuarantin Bagi Singapura Ke Hong Kong Akan Bermula Pada 22 November Ini

Penerbangan antara Singapura dan Hong Kong akan dibenarkan beroperasi pada 22 November mengikut aturan yang ditetapkan iaitu membenarkan hanya satu penerbangan sehari ke setiap destinasi dan hanya 200 penumpang.

Menurut Channel News Asia, mulai 7 Disember, peraturan akan dilonggarkan dengan dua pilihan dalam sehari unuk setiap kota,” kata Lembaga Penerbangan Awam Singapura (CAAS).

Walaupun begitu, pelancong diminta untuk menempah penerbangan khas tetapi tidak diharuskan untuk menjalani kuarantin ketika tiba di destinasi.

Pelancong Singapura perlu mendapatkan keputusan negatif pada ujian saringan dalam masa 72 jam dari waktu penerbangan mereka.

Bahkan, pelancong yang berlepas dari Singapura, diminta untuk memohon kelulusan menjalani ujian PCR sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum berangkat.

Mereka mesti memegang tiket penerbangan yang disahkan ke Hong Kong untuk diproses. Namun, ia tidak bertahan lama kerana mulai 1 Disember, peraturan tersebut tidak lagi dilaksanakan.

Apabila pelancong Singapura tiba di Hong Kong, mereka diwajibkan mengambil ujian saringan di lapangan terbang dan dikehendaki tinggal di lapangan terbang sehingga mendapat keputusan negatif.

Perjalanan antara Singapura dan Hong Kong dapat dilakukan oleh pelancong dua negara tersebut yang telah tinggal di sana selama 14 hari terakhir.

Menurut CAAS, ia tidak akan berlaku bagi mereka yang memiliki izin bekerja atau Pas Lulus di sektor pembinaan dan bekerja di kapal.

Pelancong asing dari Hong Kong perlulah membuat Pas Perjalanan Udara antara 7 hingga 30 hari sebelum memasuki ke Singapura di mana pendaftaran akan bermula pada 12 November. Kepada mereka yang merupkan warganegara tetap Singapura dan pemegang izin masuk jangka panjang yang menetap di Hong Kong tidak perlu lagi untuk mendaftar bagi Pas Perjalanan Udara.

Di samping itu, pelancong yang ingin melancong ke Singapura harus mendaftar di aplikasi TraceTogether untuk memudahkan pengesahan maklumat untuk menjangkakan risiko Covid-19.

Sekiranya pelancong dari Singapura atau Hong Kong disyaki positif maka kos rawatan perubatan harus ditanggung  sendiri, menurut CAAS.

Sumber: Liputan 6

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.