Siakap Keli
Gambar Hiasan via Bernama

Kuala Lumpur Dan Putrajaya Kini Berada Dalam Zon Merah – KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa W.P Kuala Lumpur dan W.P Putrajaya kini telah berada dalam zon merah.

Menerusi perkongsian yang dimuatnaik melalui akaun Twitter rasmi KKM, W.P Kuala Lumpur sahaja telah merekodkan 243 kes positif COVID-19 sementara W.P Putrajaya pula sebanyak 42 kes.

Jumlah kes positif di daerah Kuala Lumpur didahului dengan Lembah Pantai sebanyak 48 kes, Titiwangsa sebanyak 54 kes, Kepong pula sebanyak 91 kes manakala Cheras pula sebanyak 50 kes.

Putrajaya pula pada hari ini melaporkan 1 kes positif baharu. 1 kes tersebut telah menjadikan jumlah kes positif di W.P Putrajaya meningkat kepada 42 kes dan secara tidak langsungnya telah meletakkannya dalam zon merah.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.