Siakap Keli

Majikan Perlukan Pembantu Rumah Boleh Memohon Melalui My Travel Pass, Tetapi Kelulusan Tertakluk Kepada Jabatan Imigresen- Ismail Sabri

Menerusi sidang media hari ini, Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa pembantu rumah yang terkandas di luar negara boleh memohon untuk masuk ke Malaysia namun perlu mendapat kebenaran dari Jabatan Imigresen.

“Pembantu rumah yang terkandas boleh memohon tapi kebenaran masih tertakluk kepada Jabatan Imigresen.

“Yang disebut mempunyai kes-kes kecemasan, seperti ada yang melibatkan mereka perlu menjaga ibu bapa atau warga emas, dua-dua anak atau suami isteri bekerja tetapi selama ini pembantu rumah yang menjaga ibu atau bapa mereka yang sakit di rumah

“Jadi ini mungkin menjadi salah satu perkara yang membolehkan Jabatan Imigresen memberikan kelonggaran.

“Tetapi keputusan akhir tetap kepada imigresen, jadi kepada sesiapa yang memerlukan pembantu rumah seperti ini boleh memohon melalui My Travel Pass secara dalam talian.

“Pun begitu, SOP wajib seperti kuarantin 14 hari dan swab test perlu dilakukan,” katanya.

Sumber: RTM

Sofea

There's always another side to every story