Mengamalkan gaya hidup sihat amatlah penting untuk memastikan kesejahteraan hidup kita dan keluarga. Pastinya memiliki kelurga yang bahagia dan sihat tubuh badan adalah impian setiap mahkluk hidup bernama manausia.
Jadi, keperluan untuk menjaga pola permakanan sangatlah berperanan untuk meastikan impian itu terlaksana. Oleh itu, makanan yang mengandungi serat tinggi amatlah baik untuk diamalakan setiap hari. Salah satu sumber yang kaya dengan serat adalah serat daripada buah-buahan. Buah-buahan yang mengandungi serat sangat bagus untuk di amalkan setiap hari dalam kehidupan seharian.
Berikut adalah 6 manfaat yang boleh diperoleh daripada buah-buahan yang kaya dengan serat.
1. Mencegah sembelit
Serat yang terdapat pada buah-buahan mahupun sayuran dapat menghaluskan tekstur sisa toksin daripada makanan yang dimakan sehingga lebih mudah untuk dikeluarkan. Hal ini dapat mencegah kita dari pada mengalami sembelit.
2. Menyihatkan usus
Mengamalkan makanan berserat tinggi dapat mencegah berbagai penyakit usus, seperti penyakit kanser kolorektal.
3. Menurunkan kolestrol
Serat dapat membantu menurunkan kolesterol. Selain itu, pengambilan makanan tinggi serat dipercayai mampu menurunkan tekanan darah dan peradangan di dalam tubuh.
4. Mengawal gula dalam darah
Serat jenis larut dapat melambatkan proses penyerapan gula sehingga gula darah dapat dikawal. Pengambilan makanan berserat tinggi dipercayai mampu untuk menurunkan risiko diabetes tahap 2.
5. Membantu menurunkan berat badan
Makanan berserat tinggi akan membantu memanjangkan tempoh kekenyangan sehingga kita tidak akan makan berlebihan. Dengan begitu, berat badan boleh dikawal.
6. Terhindar dari sebarang penyakit
Pengmabilan makanan berserat tinggi dipercayai dapat mencegah kematian akibat penyakit jantung mahupun kanser. Serat adalah zat penting yang diperlukan oleh tubuh. Usahakan untuk selalu memenuhi keperluan harian serat anda dengan mengamalkan makan buah-buahan atau makanan berserat tinggi lainnya.
Sumber- Kompas.com