Memanfaatkan teknologi menerusi telefon bimbit seperti ‘screen recording’ sememangnya memberikan kemudahan kepada ramai orang. Pun begitu, mungkin ramai yang belum tahu, tanpa sebarang perisian khas yang perlu dimuat turun dari Internet pun, anda sudah boleh merakam skrin komputer anda. Bukan telefon pintar sahaja yang boleh melakukannya, namun komputer juga dapat memberikan kemudahan ini kepada anda.
Untuk mengetahui caranya, mari ikuti perkongsian oleh saudari Syazlyn Suhaimin di bawah.
1. Buka program yang ingin dirakam.
2. Tekan logo ‘Windows’ dan huruf ‘G’ pada papan kekunci.

3. Klik ikon mikrofon untuk merakam audio.
4. Klik butan ‘Rekod’ untuk memulakan rakaman. Anda juga boleh menggunakan jalan pintas,”Windows + Alt + R”.

5. Tekan butang ‘Stop’ untuk menamatkan rakaman. Rakaman akan terhenti sendiri jika anda menutup tetingkap atau program yang sedang dirakam.
6. Untuk mengakses semula rakaman, ulang langkah pertama. Tekan butang ‘Windows’ dan huruf ‘G’ pada papan kekunci.
7. Klik ‘Show All Captures’. Ia akan menunjukkan semua rakaman skrin anda. Anda boleh mainkannya pada bila-bila masa.

SIMPLE TIPS ON HOW TO RECORD SCREEN LAPTOP DURING ONLINE CLASSES. iols guna Game Bar untuk rekod program dkat window…
Posted by Syazlyn Suhaimin on Tuesday, November 10, 2020
Sumber: Syazlyn Suhaimin