Siakap Keli
Kredit gambar: Google

Selepas KL, Giliran Putrajaya Pula Tawar Peluang Berniaga Kecil-kecilan Untuk Tampung Sara Hidup Ketika Pandemik COVID-19

PUTRAJAYA, 12 Nov – Penduduk di sekitar Putrajaya yang terkesan dengan impak COVID-19 boleh menarik nafas lega apabila mereka diberi peluang untuk berniaga kecil-kecilan demi menampung kos sara hidup selepas ini.

Perbadanan Putrajaya (PPj) melalui satu kenyataan memaklumkan, keputusan itu selaras dengan pengumuman Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mengenai Wilayah Persekutuan Zon Bebas Berniaga pada kelmarin.

“PPj dengan ini membuka permohonan kepada penduduk Putrajaya khasnya yang terkesan dengan pandemik COVID-19 untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan mengisi Borang Permohonan Penjaja Kecil Sementara 6 Bulan (PKS6B).

“Perniagaan boleh dimulakan bermula 15 Nov ini sebaik sahaja mendapat surat kelulusan PPj bagi tempoh masa enam bulan berkaitan (Nov 2020 hingga April 2021),” kata kenyataan tersebut hari ini.

Sehubungan itu, borang permohonan tersebut boleh dimuat turun melalui pautan INI.

Permohonan lengkap boleh dihantar kepada Bahagian Komersial, Pembangunan Perniagaan dan Pelesenan, Blok B, Aras 5, Jabatan Perkhidmatan Bandar, Kompleks Perbadanan Putrajaya Persiaran Perdana, Presint 3, 62675, Wilayah Persekutuan Putrajaya atau melalui [email protected].

Sebarang pertanyaan boleh disalurkan melalui talian 03-8887 7657 / 7265 / 7215 / 7231.

Sebelum ini, penduduk di Kuala Lumpur diberi kebenaran oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membuka gerai atau perniagaan kecil-kecilan di mana-mana kawasan bersesuaian di sekitar bandaraya tersebut mulai Ahad ini.

Bagaimanapun, menurut Annuar, permohonan lesen sementara yang sah bagi tempoh enam bulan hendaklah dibuat terlebih dahulu di laman web DBKL.

“Mulai Ahad 15 Nov ini, Kuala Lumpur akan menjadi ‘wilayah bebas berniaga’ …sesiapa yang ingin berniaga tidak kira sepenuh masa atau separuh masa boleh memilih tempat yang sesuai, misalnya depan rumah atau di tepi jalan kawasan perumahan.

“Permohonan lesen itu bertujuan untuk makluman dan rekod data DBKL sahaja. Pemohon akan mendapat lesen sementara secara automatik dan kemudian DBKL akan membuat pemantauan,” katanya kepada pemberita, memetik laporan BERNAMA kelmarin.

PERMOHONAN PENJAJA SEMENTARA PUTRAJAYA 6 BULAN (NOV 2020 – APRIL 2021)Selaras dengan pengumuman YB Menteri Wilayah…

Posted by Perbadanan Putrajaya on Wednesday, November 11, 2020

Sumber: Perbadanan Putrajaya

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.