Siakap Keli
Gambar Via Muhammad Sanusi Md Nor

Selepas KL, Kedah Turut Umum Kawasan Bebas Berniaga Untuk Bantu Peniaga Kecil Cari Rezeki

Pandemik COVID-19 telah memberi impak kepada semua orang termasuk peniaga kecil-kecilan yang terpaksa menghentikan jualan mereka.

Susulan itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Perbadanan Putrajaya (PPj) telah mengumumkan bahawa satu wilayah bebas berniaga akan dibuka di negeri masing-masing bagi memberi peluang kepada peniaga-peniaga kecil tersebut.

Terbaru, negeri Kedah juga telah membuat keputusan untuk mewujudkan Kawasan Bebas Berniaga.

Menerusi kenyataan yang dimuatnaik oleh Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, beliau berkata bahawa ia akan berkuatkuasa bermula 15 November ini.

KAWASAN BEBAS BERNIAGA

1. Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah membuat keputusan untuk mewujudkan KAWASAN BEBAS BERNIAGA kepada para peniaga / penjaja statik atau perniagaan secara kecil-kecilan di mana-mana kawasan yang sesuai di dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan di bawah Majlis Perbandaran iaitu Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP), Majlis Perbandaran Langkawi (MPL), Majlis Perbandaran Kulim (MPK) dan Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP), berkuat kuasa mulai 15 November 2020. Kepada sesiapa yang ingin berniaga bolehlah merujuk dan mendapatkan kelulusan daripada PBT yang terlibat berkenaan lokasi berniaga yang dipilih.

2. Peniaga dan penjaja dikehendaki memohon PERMIT PERNIAGAAN SEMENTARA SECARA BULANAN iaitu tidak secara kekal dan akan dikenakan caj sebanyak RM10.00 sahaja sebulan dan boleh membuat pembayaran di PBT yang terlibat. Sehubungan dengan itu, para peniaga perlu mematuhi syarat yang ditetapkan oleh PBT seperti yang termaktub dalam Undang-Undang Kecil Penjaja dan Gerai PBT masing-masing.

3. Sehubungan dengan itu, para peniaga hendaklah memastikan barang-barang perniagaan tidak ditinggalkan di kawasan tapak berniaga, tempat yang dipilih tersebut hendaklah tidak mengancam keselamatan awam, tidak menggangu lalulintas dan para peniaga perlu bertanggungjawab memastikan kebersihan di tapak perniagaan.

4. Saya mohon Kerjasama daripada Datuk Bandar dan Yang Dipertua PBT yang terlibat supaya membuat pemantauan secara berkala dan membuat pemeriksaan dari semasa ke semasa bagi memastikan keadaan sekeliling berada dalam keadaan selamat dan bersih.

Jika terdapat sebarang aduan dari masyarakat sekeliling berkenaan tapak perniagaan tersebut, menimbulkan kacau ganggu, mengabaikan kebersihan atau keselamatan, pihak PBT akan mengambil tindakan yang selari dengan peraturan yang berkuatkuasa.

Muhammad Sanusi Md Nor
Menteri Besar Kedah
12 November 2020

Sumber: Muhammad Sanusi Md Nor

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.