Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

(Video) Air Berubah Warna Dengan Darah, Lelaki Dilapor Buat Terjunan Setinggi 30 Kaki Sebelum Kepalanya Dipercayai ‘Mendarat’ Atas Batu

Seorang pelancong nyaris menempah maut selepas terjun daripada air terjun setinggi 30 kaki ke dalam sungai yang dilaporkan sedalam 7 kaki di sebuah resort terkenal di Rusia, lapor Daily Mail.

Insiden tersebut telah dilaporkan dirakam oleh salah seorang rakannya yang berada di batu yang berhampiran.

Lelaki tersebut telah bertindak menerjun di air terjun Zmeikovskiye dengan kepalanya dipercayai sampai terlebih dahulu.

Lelaki itu dilaporkan tidak tahu tentang kedalaman sungai tersebut.

Dia kemudiannya muncul dengan cepat ke permukaan dengan air di sekelilingnya berubah menjadi merah.

Satu suara wanita yang kedengaran dalam video tersebut berkata: “Kepalanya telah tercedera.”

Menurut Daily Mail, lelaki tersebut mengalami beberapa kecederaan pada bahagian kepala dan tulang belakangnya akibat daripada terjunan itu, menurut laporan.

Dia telah dimasukkan ke hospital tempatan kerana mengalami ‘trauma serius’.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right