Siakap Keli

(Video) Aksi Comel Bayi Lemah-lembut Goyang Kaki Ketika Mengadap “Laptop” Undang Ketawa Ramai

Anak kecil atau bayi memang sifat semulajadinya comel dan menghiburkan. Gelak tawanya juga adakalanya boleh mencairkan hati sesiapa yang mendengarnya.

Sebagai ibu bapa, pastinya setiap gelagat comel bayi akan dirakam sebagai kenang-kenangan.

Baru-baru ini, tular satu video di Twitter yang memaparkan aksi comel seorang bayi yang menggunakan komputer riba (laptop) di atas katil.

Menariknya, sambil ‘sibuk’ menggunakan laptop itu – yang kita pun tidak tahu apa entah urusannya, bayi ini menggoyangkan kakinya macam orang dewasa. Comel sangat.

Enam bahasa badan bayi yang anda perlu tahu

Sebenarnya, setiap pergerakan yang dilakukan oleh bayi pasti ada maksudnya yang tersendiri.

Terdapat enam bahasa badan bayi yang perlu anda tahu seperti yang dikongsikan Hello Doktor di bawah ini:-

1- Merenung tepat ke mata

Kredit gambar: Google

Perasan tak, bayi amat suka memberi ‘eye-contact’ khususnya pada orang terdekat yang cuba berinteraksi dengannya.

Sebenarnya, si manja yang merenung tepat ke mata anda sambil tersenyum sedang cuba mengecam wajah anda. Jika anda melihatnya tersenyum, ini bermakna bayi gembira melihat muka anda.

Jadi, ambil peluang ini untuk bergurau dan berborak dengan bayi. Anda juga boleh mendodoikan bayi dengan lagu kegemarannya.

2- Bunyi ‘bbbbb’

Jika bayi mengeluarkan bunyi ‘bbbbb’ dengan keadaan air liurnya bertakung pada mulut, ini bermakna bayi anda ingin berborak dengan anda. Jika anda layan, dia akan semakin rancak berbunyi seolah-olah faham dengan apa yang anda perkatakan.

3- Genggam sambil menggerakkan tangan

Kredit gambar: Google

Ini perbuatan lazim bayi jika dia sedang gembira. Anda akan melihat si manja menggenggam tangannya sendiri sambil menggoyang-goyangkan tangan untuk menyatakan dia sedang teruja.

4- Mata meliar

Bukan hanya pandang pada satu tempat sahaja, si manja juga gemar ‘meliarkan’ pandangan matanya ke arah sekeliling. Ini bermakna si manja anda sedang meneroka persekitaran sekelilingnya. Apatah lagi, jika dia mendengar bunyi, pasti matanya akan meliar mencari arah bunyi tersebut.

5- Menggosok telinga

Jika anda lihat bayi anda gemar meraba-raba atau menggosok telinganya, ini bukan bermakna telinganya ada masalah jangkitan ataupun sakit telinga. Sebaliknya, bayi dalam proses untuk mengenali anggota tubuhnya sendiri.

6- Menendang

Bayi amat gemar menendang-nendang kakinya bagi menyampaikan maksud bahawa dia sedang teruja. Namun, ia juga mungkin bermakna dia tidak selesa dengan lampinnya. Jadi, ibu bapa periksalah lampin bayi anda!

Sumber: Twitter, Hello Doktor

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'