Siakap Keli
Gambar Via Daily Mail

Akibat Ditembak 15 Kali, Gajah Mati Setelah Sebulan ‘Bertarung’ Dengan Kesan Luka

Seekor gajah yang bergelut untuk terus hidup kini telah dilaporkan mati sebulan selepas ditembak sebanyak 15 kali di Thailand.

Gajah yang diberi nama Nga-sun itu ditemui terlentang di ladang kelapa sawit oleh penduduk kampung di wilayah Rayong pada bulan lalu.

Gambar Via Daily Mail

Doktor haiwan dari pasukan hidupan liar tempatan mengenal pasti luka tembakan di punggung, ekor dan kaki depan haiwan itu. Luka tersebut dipercayai telah menembusi organ dalaman utama seperti paru-paru, jantung, limpa dan usus.

Pakar perubatan dapat merawat gajah tersebut pada bulan lalu sebelum ia dilepaskan semula ke dalam hutan.

Gambar Via Daily Mail

Pun begitu, rakaman pada November lalu menunjukkan bagaimana gajah itu mengalami komplikasi akibat kecederaan dan ditemukan di dalam kolam lumpur dan tidak sedarkan diri selama 48 jam.

“Menghabiskan waktu selama 48 jam di dalam lumpur sangat keterlaluan untuk gajah yang cedera itu. Dia berada di situ terlalu lama sehingga suhu badannya turun.

Gambar Via Daily Mail

“Ketika kami berjaya mengepam seluruh air dari kolam, kami perlu menyalakan api untuk membuatnya tetap hangat,” kata seorang doktor haiwan.

Gajah itu telah mati dan kemudian dikebumikan di hutan menggunakan alat penggali sementara polis tempatan masih memburu orang yang menembaknya pada bulan lalu.

Gambar Via Daily Mail

Sebelum pengebumian, masyarakat setempat, pegawai dan doktor haiwan melakukan ‘upacara memohon maaf’ dan meletakkan kalungan bunga dan menyiram air suci ke atas gajah yang mati itu.

Gambar Via Daily Mail

Gajah adalah haiwan yang dilindungi di Thailand dan membunuhnya boleh membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun dan denda 1, 000 baht.

Sumber: Daily Mail

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.