Siakap Keli
kluster baru COVID-19
Gambar: Bernama

COVID-19: 4 Kluster Baharu Dikesan Termasuk Kluster BMU Di Melaka

Putrajaya, 13 November – Kementerian Kesihatan mengesahkan empat lagi kluster baru manakala tiga lagi kluster tamat pada hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster itu melibatkan negeri Sabah, Sarawak dan Melaka.

Kluster tersebut ialah kluster Bonggaya, Jambatan B, Abell dan BMU. Berikut merupakan maklumat mengenai kluster berkenaan.

Kluster Bonggaya melibatkan Sandakan di mana kes indeks, kes ke-28,154 dikenalpasti positif hasil saringan komuniti pada 27 Oktober 2020. Beliau kemudiannya dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent.

Seramai 45 lagi didapati positif hasil saringan ke atas kontak rapat pesakit. Sehingga hari ini, seramai 243 individu telah disaring di mana 46 positif, 123 negatif manakala 74 individu masih menunggu keputusan.

Kluster kedua ialah Kluster Jambatan B, juga melibatkan daerah Sandakan, Sabah. Kes indeks, kes ke-20,105 didapati positif hasil saringan individu bergejala pada 17 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent.

Hasil saringan kontak rapat dan komuniti setempat mendapati 52 lagi positif COVID-19. Sehingga kini, seramai 201 individu telah disaring di mana 53 kes positif, 118 negatif dan 30 masih menunggu keputusan.

Kluster ketiga, Kluster Abell dikesan di Kuching, Sarawak melibatkan kes ke-42,016 yang dikenalpasti positif hasil saringan kendiri pada 10 November 2020.

Hasil saringan ke atas kontak rapat mendapati 13 lagi positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak.

Hasil saringan ke atas 70 individu mendapati 14 ke positif, 13 negatif dan 43 lagi masih menunggu keputusan.

Kluster terakhir, Kluster BMU dikenalpasti di Jasin, Melaka. Kes indeks, kes ke-45,077 dikenalpasti positif hasil saringan individu bergejala pada 11 November 2020 dan dimasukkan ke Hospital Melaka.

Seramai 9 kontak rapat didapati positif COVID-19. Sehingga hari ini, seramai 69 individu telah disaring di mana 10 kes positif, 59 masih menunggu keputusan.

Daripada 1,304 kes baharu, 123 dilaporkan dalam 4 kluster baharu ini.Jumlah kes masih menunggu keputusan daripada kluster-kluster tersebut; 206.#kkm

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Friday, November 13, 2020

65 kluster aktif melibatkan jangkitan di tempat kerja

Sementara itu kata Dr Noor Hisham, sebanyak 65 kluster (41.1 peratus) daripada keseluruhan 158 kluster aktif setakat ini melibatkan jangkitan di tempat kerja, termasuk dua kluster baru hari ini.

Daripada sejumlah 5,681 kes positif kluster tempat kerja, seramai 3,369 daripadanya adalah warganegara manakala 2,312 bukan warganegara.

Sementara itu, Lembah Klang mencatat peningkatan kes baru pada hari ini dengan 567 kes. Antara kluster yang menyumbang kepada peningkatan itu ialah kluster Tapak Bina Damanlela, Kluster Hentian dan Kluster Perigi.

Sumber: KKM

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.