Siakap Keli
Gambar Via Detik News

Dakwa Jelmaan Manusia, Penduduk Kampung Di Makassar Kafankan Buaya Bernama Halimah

Seekor buaya di Makassar, Sulawesi Selatan, dibawa pulang dan dikafankan oleh sejumlah penduduk tempatan kerana meyakini bahawa buaya tersebut merupakan keturunan manusia, lapor Detik News.

Pemilik Animal Defenders, Doni Herdaru Tona, menyarankan agar buaya itu dikembalikan ke habitat asalnya.

“Untuk menghindari potensi adanya insiden di kemudian hari, sebaiknya buaya tersebut dikembalikan ke habitatnya atau dalam kawasan yang menyerupai habitatnya,” kata Doni.

Gambar Via Detik News

Menurutnya, bukan sifat semula jadi buaya untuk hidup di tempat yang dipenuhi dengan manusia.

Dia juga bimbang sekiranya buaya ditinggalkan di rumah akan ada kejadian yang tidak diingini. Sekiranya itu berlaku, dia tidak mahu buaya menjadi sasaran kemarahan penduduk.

“Tanpa mengurangkan rasa hormat terhadap apa yang mereka percayai, perkara seperti ini harus diselesaikan berdasarkan sains sahaja,” katanya.

Menurut laporan detikcom, buaya itu dilaporkan telah ditemui pada Selasa lalu dan dibawa pulang ke rumah seorang penduduk. Haiwan tersebut dibungkus dengan kain kafan dan disimpan di ruang tamu rumah.

Dalam artikel yang berlainan, Detik News melaporkan bahawa penduduk tempatan itu percaya buaya itu merupakan jelmaan manusia bernama Halimah dan mempunyai kembar.

Sumber: Detik News

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.