Siakap Keli
ular pada mainan anak
Gambar: Hj Bunga Besi

“Kakinya Bengkak Sampai Lutut,” Anak Mengadu Sakit Kaki, Bila Periksa Ada Ular Dalam Penutup Rantai Basikal

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pertembungan dengan ular merupakan mimpi ngeri buat kebanyakan orang, apatah lagi jika bertembung dengan spesies berbahaya dan berbisa. Jika silap percaturan, boleh melayang nyawa.

Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi kisah anaknya yang dipatuk ular ketika sedang berbasikal di luar rumah mereka di Gelang Patah, Johor.

Kongsi Puan Aida Dalila Damia, kejadian tersebut berlaku terhadap anaknya yang berusia tiga tahun bernama Sumayyah, pada pagi tadi selepas mereka bersarapan.

“Pagi tadi, lepas sarapan, dia nak keluar rumah main basikal. Keluar sorang-sorang. 10 minit lepas tu dia cakap sakit kaki. Ingatkan dia jatuh atau seliuh biasa.

“Bawak dia masuk nak mandi. Lepas mandi rasa macam tak sedap hati, keluar tengok kat basikal, ada kepala ular keluar kat penutup rantai basikal dia,” kongsinya kepada Siakap Keli.

Tanpa membuang masa, beliau kemudiannya melibas ular berkenaan menggunakan kayu sehingga mati. Wanita itu kemudiannya segera menghubungi si suami pulang dari kerja dan membawa anak mereka ke hospital.

Kongsinya, ular itu dipercayai spesies ular kapak bakau.

“Saya duduk kawasan Gelang Patah, Johor. Sini memang banyak kawasan bakau. Ramai bagitahu ular kapak bakau,” ujarnya sambil berkongsi gambar kesan patukan ular tersebut.

Kongsinya, gambar itu diambil selepas Sumayyah dipatuk ular, namun ketika itu dirinya belum mengesyaki apa-apa.

“Gambar mula-mula masa kena. Tapi belum syak kena patuk ular.”

Gambar: Puan Aida Dalila Damia
Gambar: Puan Aida Dalila Damia

Selepas mendapatkan rawatan di hospital, keputusan ujian darah Sumayyah didapati negatif.

“Keputusan darah paling terbaru jam 8 pm tadi. Alhamdulillah negatif, bisa tak merebak ke atas, tapi bisa kumpul turun ke tapak kaki.

“Kakinya bengkak sampai lutut. 6 jam sekali ambil darah buat ujian nak periksa takut darah ada bisa atau ada darah beku. Selagi bengkak tak surut, pakar akan terus buat susulan,” katanya.

Peringatan bersama.. Awasi anak2 kita.. Doakan Sumayyah cepat sembuh.. Aminn 🤲🏼 @ Hospital Tun Aminah Johor Bahru

Posted by Hj Bunga Besi on Friday, November 13, 2020

Sumber: Hj Bunga Besi

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.