Setelah lebih dua dekad, majalah GEMPAK pada Rabu lalu mengumumkan penutupan operasi mereka tidak lama lagi.
Majalah GEMPAK yang mula diterbitkan pada tahun 1998 menjadi salah satu majalah yang cukup terkenal dan fenomena bagi remaja pada ketika itu.
Berubah kepada versi dalam talian, mereka kekal menghiburkan pembaca dengan pelbagai informasi berkaitan komik, animasi, game, toys dan berita-berita hangat semasa.
Melalui portal GEMPAK KGS, mereka memaklumkan bahawa portal tersebut akan ditamatkan perkhidmatan pada 30 November ini.
Kini, dengan berat hati dan dukacita dimaklumkan yang portal tumpuan serta kegemaran korang, GEMPAK KGS™ tidak dapat diteruskan lagi dan akan ditamatkan perkhidmatan bermula efektif 30 November 2020. Harap maklum!
Kitorang sebagai tulang belakang serta tenaga di sebalik tabir dibarisi; Harry, Zira, Puteri (penulis / jurnalis) dan Fey (editor) pertama sekali ingin memohon maaf sekiranya ada tersilap laku atau terlanjur kata dan juga ingin ucapkan beribu-ribuan terima kasih atas segala sokongan korang selama ni.
Pun begitu, saluran YouTube rasmi GEMPAK™ 360° mereka masih lagi beroperasi seperti sedia kala dengan pelbagai segmen istimewa buat penonton.
Sumber: GEMPAK KGS