Siakap Keli
Gambar via South China Morning Post

Pengecasan 20 Minit Boleh Capai 70% Bateri, Tiang Lampu Dengan Teknologi Pengecasan ‘Handphone’ Ini Tarik Perhatian Penduduk

Telefon bimbit merupakan antara perkara penting yang perlu ada pada setiap orang pada masa kini. Telefon bimbit juga dapat memudahkan perjalanan seseorang ke sesuatu destinasi, kekal berhubung bersama ahli keluarga dan rakan-rakan serta membantu anda jika berada dalam kecemasan.

Namun timbul masalah jika anda sedang bersiar-siar di satu kawasan dan menyedari bahawa telefon bimbit anda kekurangan bateri dan tiada powerbank  bersama anda.

Berdasarkan perkongsian video daripada laman Facebook South China Morning Post, satu idea menarik tentang tiang lampu di daerah Wuhan, China ini boleh mengecas telefon pintar. Tiang lampu ini dihadirkan dengan 2 pengecas tanpa wayar yang dipasang di setiap lebih daripada 60 tiang lampu di bandar Wuhan.

Dikatakan juga, pengecasan selama 20 minit pada bateri telefon dapat mencapai sekitar 70%. Ditanya kepada seorang penduduk Wuhan tentang kewujudan tiang lampu itu, dia memberikan komen bahawa “Saya rasa sangat mudah, terutama bagi orang yang tidak mempunyai powerbank, atau tempat untuk mengecas telefon mereka. Cukup berguna dan percuma untuk digunakan. Ia membantu pejalan kaki yang memerlukan.”

Walaupun hanya telefon pengecas tanpa wayar yang dapat menggunakan perkhidmatan ini, idea tersebut telah menimbulkan keunikan tersendiri.

“Lebih baik sekiranya tiang lampu itu dapat dipasang di jalan-jalan lain. Tetapi satu perkara yang perlu diperbaiki tentang tiang lampu itu adalah dengan memasukkan model telefon bimbit yang tidak memerlukan pengecasan dengan cara ini (mengecas tanpa wayar). Hal ini kerana, ramai orang tua tidak mempunyai telefon pintar yang menyokong pengecasan tanpa wayar. “, kata seorang penduduk daerah Wuhan.

Tiang lampu itu juga dapat memantau aliran orang ramai dan menyokong liputan rangkaian 5g.

Chinese city’s lamp posts charge mobile phones

Wuhan’s new wireless charging lamp posts can keep your smartphones alive.

Posted by South China Morning Post on Tuesday, November 10, 2020

Sumber : South China Morning Post