Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 1,304 kes baharu covid-19 yang dilaporkan pada hari ini.
Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, 1,304 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 45,095 kes secara keseluruhan.
#COVID19 Terkini.13 Nov. Kes baharu hari ini kembali 4 angka iaitu 1,304 termasuk 4 kes import.
Kes tertinggi ialah di Lembah Klang (567), Sabah (556), N. Sembilan (83), PP (42).
🔵900 kes sembuh, 🔴1 kes kematian, 🔴4 kluster baharu, 🔵3 kluster tamat.
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) November 13, 2020
Daripada 1,304 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 1,300 merupakan kes tempatan manakala 4 lagi adalah kes import.
Jumlah kes aktif yang dilaporkan pula adalah sebanyak 11,822 kes. Mereka telah diasingkan dan diberikan rawatan.
Terdapat 96 kes yang sedang dirawat di ICU dan daripada itu, 39 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
Jumlah kes discaj yang dilaporkan pada hari ini pula adalah sebanyak 900. Oleh itu, jumlah kumulatif kes discaj meningkat kepada 32,969 kes.
900 lagi kes sembuh dilaporkan!
Terima kasih petugas kesihatan barisan hadapan!#kkm pic.twitter.com/JEWqoDTDVi
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) November 13, 2020
KKM juga turut memaklumkan bahawa terdapat 1 kes kematian yang dicatatkan pada hari ini. Jumlah kumulatif kes kematian pula meningkat kepada 304 kes atau bersamaan dengan 0.7% secara keseluruhannya.
Status Terkini COVID-19 Di Malaysia,
13 Nov 2020
Kes sembuh=900
Jumlah kes sembuh=32,969 kes
Kes baharu positif=1,304
(kes import=4, kes tempatan=1300)
Jumlah positif=45,095 kes
Kes kematian=1
Jumlah kes kematian=304 kes
Kes dirawat di ICU=96 kes
Bantuan Alat Pernafasan=39 kes pic.twitter.com/UY5oMJSc9B— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) November 13, 2020
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia