Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

(Video) “Kung Fu Panda,” Gelagat 2 Ekor Panda ‘Bergaduh’ Rebutkan Makanan Bikin Terhibur

Bagi ketiga-tiga anak panda ini, tiada istilah ‘sharing is caring’ apabila tibanya waktu makan.

Kedua-dua beruang kecil yang kelaparan di China itu telah dilihat seakan bergaduh sesama sendiri akibat berebut daun buluh yang diberikan untuk dikongsi bersama.

Mereka dilihat seakan berlawan diantara satu sama lain ketika sedang menikmati makanan kegemaran mereka itu.

Adegan yang melucukan itu telah dirakamkan di Chengdu Giant Breeding Research Base pada 7 November lalu.

Ketiga-tiga ekor panda itu kelihatan seakan bergaduh di dalam sebuah kandang selepas penjaga mereka memberi mereka seikat buluh untuk dikongsi.

Ternyata, beruang kecil yang kelaparan itu tidak menghiraukan benda lain ketika bergelut antara satu sama lain sambil memakan daun buluh tersebut.

Dua daripadanya dilihat bersaing dengan begitu sengit sekali sementara seekor lagi panda kelihatan tenang, menikmati makanannya tidak jauh dari situ.

Mereka tampak begitu fokus sekali pada makanan mereka sehingga mereka benar-benar tidak menghiraukan pengunjung yang berjalan di belakang mereka.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right