Siakap Keli
Gambar Via Bernama

COVID-19: Tapak Penjaja Sementara Taman Free School Pulau Pinang Diarah Tutup- Exco

GEORGE TOWN, 14 Nov (Bernama) — Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengarahkan penutupan Tapak Penjaja Sementara (TPS) Taman Free School di sini bermula 4 petang semalam sehingga 27 Nov ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan bandar dan Desa Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo berkata penutupan tersebut bertujuan untuk menjalankan kerja-kerja mencegah penularan penyakit berjangkit berikutan terdapatnya kes positif COVID-19 dalam kalangan peniaga.

“Kalau ada kes dan maklumat tentang COVID-19, kami selalu berpandukan maklumat daripada KKM. Sekiranya mereka rasa perlu untuk kawasan ini ditutup, kami perlu akur dan bantu untuk mencegah penyebaran penyakit,” katanya kepada pemberita ketika meninjau kawasan terbabit di sini hari ini.

Beliau berkata TPS Taman Free School menempatkan 136 gerai dan penutupannya akan menjejaskan 68 peniaga.

Terdahulu, Jagdeep yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat turut menyampaikan bantuan barang-barang keperluan asas dan 10,000 keping pelitup muka kepada 300 penduduk di Taman Free School selepas melakukan tinjauan di kawasan tersebut.

Beliau berkata sehingga semalam, sebanyak 13,408 ujian saringan telah dijalankan di Pulau Pinang.

Sumber: BERNAMA

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.