Siakap Keli
Gambar Via Cakrawala

Enggan Dirawat & Berdegil Teruskan Perkahwinan, Pengantin Wanita Dilapor Maut Akibat COVID-19 & Mak Ayahnya Turut Terkorban

Seorang pengantin perempuan dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19 dua minggu selepas bernikah.

Menurut Kompas.com, pengantin perempuan tersebut pulang dari Jakarta dua hari sebelum majlis perkahwinan yang diadakan pada 24 Oktober lalu.

Semasa tiba di kampungnya di Desa Wonorejo, Kabupaten Kalijambe, Sragen, dia mengadu sakit dan dibawa berjumpa doktor.

Disebabkan keadaannya itu, doktor memintanya untuk dirawat di hospital namun dia menolak permintaan itu kerana akan berkahwin.

Pada 26 Oktober, kedua-dua mempelai berangkat ke Wonogiri selepas akad nikah untuk ke majlis sambut menantu di rumah pengantin lelaki namun semasa dalam perjalanan, pengantin perempuan mengadu sakit.

Dia terus dibawa ke hospital dan hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh doktor di sana mengesahkan bahawa dia telah positif COVID-19. Dia yang juga mempunyai sejarah penyakit asma menjalani kuarantin dan meninggal dunia pada 5 November lalu.

Tidak cuma itu, ibu bapanya juga dilaporkan positif COVID-19, ibunya meninggal dunia pada 6 November dan bapanya pada 9 November lalu.

Pejabat Kesihatan Kabupaten Sragen mengatakan bahawa dari hasil siasatan, ketiga-tiga pesakit COVID-19 yang meninggal tersebut mempunyai kontak rapat dengan 113 orang yang lain.

Menurut ketua pejabat kesihatan, Hargiyanto, 113 orang yang mempunyai kontak rapat dengan mereka telah menjalani ujian swab secara bertahap.

Sumber: Kompas.com

BACA: ‘Style’, Kualiti Hi-Fi & Sekat Bunyi Luaran, HUAWEI X GENTLE MONSTER Eyewear II & ‘Headphones’ HUAWEI FreeBuds Studio Mula Berada Di Pasaran Hari Ini

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.