Tanggal 11.11 pastinya menjadi hari ‘bersejarah’ buat kaki-kaki ‘shopping’ kerana pada tarikh ini, pelbagai promosi jualan menarik ditawarkan oleh pelbagai pihak.
Dalam banyak-banyak syarikat yang buat tawaran promosi tahap gila-gila ini, paling yang nak diceritakan ialah ‘otai’ kedai atas talian di Malaysia, iaitu Shopee.
Nak tahu tak, pada 11.11 lalu, Shopee berjaya mencatat rekod tersendiri apabila kira-kira 200 juta barang terjual dalam masa 24 jam sahaja.
200 juta barang tau. Agaknya dah boleh bayang dah barang apa yang paling dicari orang ketika promosi 11.11 tu kan?
Mestilah yang jadi tumpuan antaranya ialah telefon pintar (smartphone), barang perkakas rumah, perabot, pakaian dan macam-macam lagi.


Selain itu, Shopee Games juga turut mencatatkan kira-kira 2.5 bilion permainan (game) yang dimainkan ketika tarikh 11.11 tersebut.

Menariknya lagi, siaran langsung Shopee Live juga berada dalam kelasnya tersendiri apabila berjaya mencatat lebih 20 juta jam tontonan.
“Kami akan datang untuk anda, Hollywood,” sempat lagi Shopee berseloroh dalam posternya.
Kredit gambar: ShopeeSelain itu, kadar jumlah pesanan di Shopee pada 11.11 itu didapati meningkat sebanyak 10 kali ganda untuk penjual-penjual kali pertama berbanding pada hari-hari biasa.
Baguslah, nanti lepas ni bolehlah ‘shopping’ sakan lagi ye.


Thank you so much for sticking with us during the 11.11 Big Sale 🎉 Take a look at some key highlights from 11.11 that…
Posted by Shopee on Friday, November 13, 2020
Sumber: Shopee