Siakap Keli
kluster baru COVID-19
Gambar: Bernama

TERKINI COVID-19: 4 Kluster Baru Dikesan Termasuk Dua Di Pulau Pinang

Ketua Pengarah Kesihatan KKM, Tan Sri Dr Noor Hisham dalam kenyataan media sebentar tadi memaklum sebanyak 4 kluster baru COVID-19 dikesan.

Daripada jumlah berkenaan, dua kluster dikesan di Sabah manakala dua lagi adalah di Pulau Pinang.

Kluster Istimewa (Sandakan, Sabah)

  • Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-22026) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kemasukan ke wad pada 20 Oktober 2020.
  • Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 15 lagi kes positif COVID-19.
  • Kesemua kes ini telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah, Dewan Kompleks Sukan Sibuga, Sandakan.

Setakat 14 November, seramai 54 individu telah disaring dimana:

  • 16 kes dikesan positif COVID-19 (10 kes baharu).
  • 27 individu dikesan negatif.
  • 11 individu masih menunggu keputusan.

Kluster Alila (K.Kinabalu, Sabah)

  • Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-23498) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 5 Oktober 2020.
  • Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 22 lagi kes positif COVID-19.
  • Kesemua kes ini telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah, Hospital Queen Elizabeth.

Setakat 14 November, seramai 317 individu telah disaring dimana:

  • 23 kes dikesan positif COVID-19 (2 kes baharu).
  • 294 individu masih menunggu keputusan.

Kluster Assumption (Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah,Pulau Pinang serta daerah Kulim, Kedah)

  • Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-42773) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kendiri pada 11 November 2020.
  • Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak sembilan (9) lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang.

Setakat 14 November, seramai 66 orang telah disaring dimana:

  • 10 kes dikesan positif COVID-19 (6 kes baharu).
  • 56 individu masih menunggu keputusan.

Kluster Rajawali (daerah Timur Laut dan Barat Daya, Pulau Pinang)

  • Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-39181) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kendiri pada 6 November 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang.
  • Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak sembilan (9) lagi kes positif COVID-19.

Setakat 14 November, seramai 90 orang telah disaring dimana:

  • 10 kes dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu).
  • 15 individu dikesan negatif.
  • 65 individu masih menunggu keputusan.

Sumber: KKM

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.