Siakap Keli
Kredit gambar: Google

TERKINI COVID-19: Kekal Empat Angka, 1,114 Kes Baharu Dilaporkan & Dukacita 2 Kematian Dilaporkan Hari Ini

PUTRAJAYA, 14 Nov – Kementerian Kesihatan mengesahkan terdapat pertambahan 1,114 kes baharu jangkitan COVID-19 hari ini.

Angka tersebut menjadikan kes kumulatif kini meningkat kepada 46,209 kes bersamaan 12,131 kes aktif dengan kebolehjangkitan.

Ketua pengarahnya, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, hanya dua (2) kes import dilaporkan iaitu dari Indonesia dan Jordan, serta selebihnya merupakan penularan tempatan.

“Untuk makluman, negeri Sabah mencatatkan sebanyak 391 kes (35.1 peratus) daripada keseluruhan kes positif pada hari ini.

“Negeri Sembilan pula melaporkan sebanyak 371 kes (33.3 peratus) daripada keseluruhan kes positif harian, yang sebahagian besarnya adalah daripada Kluster Cergas iaitu sebanyak 363 kes (97.8 peratus).

“Negeri-negeri di Lembah Klang mencatatkan sebanyak 217 kes positif pada hari ini. Daripada jumlah ini, sebanyak 145 kes adalah daripada kluster-kluster (66.8 peratus),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Difahamkan, 65 kes (5.8 peratus) yang dilaporkan adalah berkaitan kluster-kluster di penjara, melibatkan Kluster Tembok (45 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (14 kes), Kluster Penjara Sandakan (tiga kes), Kluster Penjara Kepayan (dua kes) dan Kluster GK Tawau (satu kes).

Selain itu, terdapat 803 kes sembuh turut direkodkan hari ini, menjadikan angka pulih keseluruhan turut meningkat ke 33,772 kes bersamaan 73.1 peratus.

Dukacita dimaklumkan, terdapat dua kematian dilaporkan hari ini.

Sumber: KP Kesihatan

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.