Siakap Keli
Gambar Via Daily Mail/Newsvoice

Ahli Arkeologi Temui Hampir 100 Keranda, 40 Patung Bersalut Emas Dipercayai Berusia Lebih 2,500 Tahun Di Mesir

Hampir 100 buah keranda dengan beberapa mumia di dalamnya serta 40 patung bersalut emas telah ditemui di selatan Kaherah, Mesir, lapor  The Guardian.

Gambar Via The Guardian

Keranda atau Sarcophagi tersebut yang dimakamkan lebih dari 2, 500 tahun yang lalu itu dipamerkan dalam pameran sementara di Step Pyramid of Djoser di Saqqara.

Ahli arkeologi telah membuka keranda tersebut dan mendapati bahawa terdapat mumia di dalamnya, mereka juga melakukan X-ray yang memvisualisasikan struktur mumia kuno yang menunjukkan bagaimana semua mayat tersebut terpelihara.

Gambar Via Newsvoice

Menteri Antik dan Pelancongan Mesir, Khaled el-Anany, mengatakan bahawa penemuan-penemuan tersebut berasal dari dinasti Ptolemaic yang memerintah Mesir selama sekitar 300 tahun dari 320SM hingga 30SM.

Menurutnya, mereka akan memindahkan artifak tersebut sekurang-kurangnya ke tiga muzium Kaherah termasuk Muzium Besar Mesir yang sedang dibina Mesir berhampiran Piramid Giza yang terkenal.

Gambar Via Daily Mail

Tambahnya lagi, mereka akan mengumumkan penemuan lain di nekropolis Saqqara akhir tahun ini.

Pihak berkuasa di sana telah mendedahkan sekurang-kurangnya 140 keranda yang tertutup ditemui di Saqqara sejak September lalu.

Sumber: The Guardian

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.