Tak dapat digambarkan rasanya bila kehilangan orang tersayang, apatah lagi untuk menghadapi kehilangan ibu bapa sendiri.
Runtun hati bila mengingat kembali segala kenangan bersama mereka semasa masih lagi berada di sisi.
Keadaan ini dialami oleh Muhammad Ammar Hannan yang kehilangan ibu tersayang disebabkan barah hati tahap kritikal pada Selasa lalu.
Perkongsiannya itu mendapat perhatian ramai kerana dia sempat membacakan talkin seperti mana yang diharapkan oleh arwah ibunya.
hannan imamkan jenazah ibu. hannan bacakan talkin untuk ibu. hannan dah tunaikan apa ibu harapkan. hannan sayang ibu :)❤️ pic.twitter.com/GxVe8RdWXX
— mato.📸 (@mxrhann) November 11, 2020
Berkongsi mengenai arwah ibunya, Hannan berkata bahawa arwah ibunya mula mengadu sakit bermula bulan Julai tahun lalu namun masih berada pada tahap biasa.
“Alhamdulillah time bulan puasa and raya tahun ni ibu sempat nikmati dengan kesihatan yang sempurna,”
Namun, keadaan ibunya mula merosot sejak tiga minggu lalu di mana ibunya dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur kerana kekurangan darah putih.
“Sabtu atau ahad lepas tak silap ibu dah start tak boleh sembang sangat dan paling ketara time hari arwah meninggal (selasa) tengahari tu arwah dah start sesak nafas,”
“Alhamdulillah, kami sekeluarga semua ada kat rumah dan disamping dia time tu,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang sebak dengan perkongsian tersebut.
Awak dah buat sesuatu yang semua orang idamkan
Sumber: mxrhann