Siakap Keli

Joan Mir Pecahkan Dominasi Marquez, Dinobat Juara Dunia MotoGP Tahun 2020

Pelumba dari pasukan Suzuki Factory, Joan Mir dinobatkan sebagai juara dunia MotoGP bagi tahun 2020. Joan Mir memecah rekod menjadi pelumba Suzuki pertama menjadi Jaura Dunia selepas kali terakhir Suzuki menjuarainya pada tahun 2000 bersama pelumba Robert Junior.

Joan Mir yang menamatkan perlumbaan di tempat ke-7 itu tidak menghalang beliau dikalungkan gelaran juara dunia tahun ini sekali gus memecahkan dominasi Marc Marquez yang tidak dapat meneruskan perlumbaan tahun ini selepas ditimpa kecederaan.

Joan Mir mengumpul 171 mata meninggalkan pesaingnya Franco Morbidelli walaupun Morbidelli menjuarai perlumbaan di Litar Valencia hari ini. Podium akan diisi oleh Morbidelli di tempat pertama, Jack Miller di tempat kedua dan Pol Espargaro di tempat ketiga.

Sumber: MotoGP