Siakap Keli

Jong-Un Dilapor ‘Ugut’ Rakyatnya, Hukuman Berat Menanti Jika Bazir Makanan Di Musim Pandemik

Pemimpin Korea Utara dilapor ‘mengugut’ rakyatnya dengan hukuman berat sekiranya melakukan pembaziran makanan ketika negara berkenaan berdepan dengan krisis kebuluran akibat sekatan ekenomi, bencana alam dan pandemik COVID-19.

Menurut laporan Daily Star, hukuman undang-undang tersebut menanti mereka yang gagal melindungi ekonomi negara dan ia arahan terus daripada Jawatankuasa Pusat parti pemerintah.

Korea Utara sebelum ini dilanda tiga taufan pada Ogos dan September yang menyaksikan banyak kawasan tanaman musnah.

”Awal bulan ini, Jawatan Kuasa Pusat mengarahkan rakyat supaya terlibat secara langsung bagi menangani krisis makanan yang dihadapi negara ketika ini sebagai perjuangan melindungi sumber makanan.

”Kerajaan turut menekankan perjuangan tersebut bukan sahaja usaha melindungi bekalan makanan semata-mata tetapi untuk melindungi sistem sosiolis.

”Pihak berkuasa juga akan terlibat dan akan mengenakan hukuman yang berat kepada mana-mana individu yang membazir makanan,” lapor Radio Free Asia.

Sejak Januari, hubungan perdagangan Korea Utara dengan dunia luar terhenti akibat pandemik, selain tindakannya menutup semua sempadan dengan negara jiran seperti China.

Sumber: Daily Star

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.