PUTRAJAYA, 15 Nov – Kementerian Pendidikan (KPM) mengemas kini tarikh penggal persekolahan bagi tahun hadapan.
Berdasarkan satu kenyataan, KPM menetapkan dua tarikh pembukaan penggal persekolahan tahun hadapan iaitu pada 20 Jan dan 8 Mac.
Bagi tarikh 20 Jan, ia melibatkan pelajar sekolah rendah bagi darjah satu hingga enam, selain pelajar sekolah menengah bagi tingkatan satu, empat dan lima (2021) serta enam (2020).
Ia juga melibatkan kolej vokasional bagi pelajar Diploma Vokasional Malaysia (DVM) dan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) semester dua (2020) serta pelajar DVM dan SVM semester empat (2020).
Sementara itu, ia juga turut melibatkan sesi pembelajaran ‘home based learning’ bagi tingkatan dua dan tiga.
Manakala bagi tarikh 8 Mac, hanya murid tingkatan dua dan tiga yang akan kembali ke sekolah untuk menjalani pembelajaran secara bersemuka.
Bagaimanapun, tarikh kemasukan murid ke sekolah khusus bagi tingkatan satu dan empat akan diumumkan kelak.
Sumber: KPM