Siakap Keli
ASI Muhammad Bux | Kredit gambar: Agensi

(Video) Macam Dalam Filem, Polis Pertaruh Anak Gadis Sendiri Jadi Umpan Tangkap Perogol

‘Macam dalam filem’. Itulah ungkapan paling sesuai digunakan berikutan situasi seorang anggota polis yang sanggup menggunakan anak gadisnya sebagai umpan untuk menangkap perogol.

Kronologi ini bermula apabila seorang kanak-kanak berusia lima tahun telah diculik setelah dia bersama ibunya diperdaya oleh seorang lelaki (suspek) dengan satu tawaran kerja di Sindh’s Kashmore, Pakistan baru-baru ini.

Tidak cukup dengan itu, mangsa (kanak-kanak) tersebut turut dirogol. Sehubungan itu, ibu mangsa tekad membuat laporan polis berkenaan kes penculikan anaknya itu.

Bertindak atas maklumat, anggota polis tersebut, Asisten Sub-Inspektor (ASI) Muhammad Bux Buriro merangka satu rancangan khas untuk memerangkap suspek dengan menggunakan anak gadisnya sendiri sebagai umpan.

Pada ketika itu,  mangsa telah berada dalam genggaman suspek, malah turut dijadikan tebusan.

Jelas Muhammad Bux, suspek telah meminta ibu mangsa membawa kepadanya seorang lagi wanita lain sekiranya dia mahukan anaknya kembali.

Seperti yang dirancang, Muhammad Bux bersetuju untuk menyerahkan anak gadisnya kepada suspek seperti yang dikehendaki dengan membawanya ke lokasi suspek.

Tepat pada masanya, umpan si anak gadis yang ‘dipasang’ Muhammad Bux ternyata mengena.

Suspek akhirnya tumpas dan dibawa ke balai polis untuk tindakan undang-undang selanjutnya, sementara mangsa berjaya diselamatkan dan diserahkan kepada ibunya kembali.

Kejayaan dan keberanian Muhammad Bux yang sanggup mempertaruhkan nyawa darah dagingnya sendiri demi menumpaskan penjenayah dikehendaki itu mendapat penghargaan yang tinggi daripada badan polis tersebut.

Jurucakap bandar Sindh, Murtaza Wahab mengumumkan, pihaknya bersedia menyampaikan anugerah polis yang tertinggi; Pingat Polis Quaid-i-Azam  kepada Muhammad Bux serta kepada mangsa dan ibunya ekoran kejayaan tersebut.

Muhammad Bux juga dilaporkan turut bakal menerima penghargaan atas jasa keberanian daripada kerajaan persekutuan.

Sumber: The Express Tribune

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'