Siakap Keli

Viral Abang Grad Food Berbudi Pekerti, Bantu Pimpin Pakcik OKU Lintas Jalan Buat Hati Netizen Tersentuh

Abang-abang rider penghantar makanan ni biasanya mereka memang sangat sibuk, nak kejar order, nak hantar order lagi.

Tapi dalam sibuk-sibuk itu, mesti ada satu waktu yang mereka akan ‘berhenti’ sekejap, sama ada nak berehat, minum, solat, makan dan sebagainya.

Namun apa yang berlaku semalam di Batu Caves, Selangor seperti yang dikongsikan oleh Fariza Hassan Basri ini sungguh meruntun hati.

Walaupun tahu menghantar makanan dalam kadar segera ke tangan pelanggan itu misi utamanya, namun sifat keperihatinan sebagai manusia juga satu keutamaan. Mari ikuti kisah ini.

Kredit gambar: Fariza Hassan Basri

Assalam warga Gombak semua. Sebarkan kebaikan adik rider Grabfoor ni.

Dalam keadaan nak cepat hantar order pelanggan, sempat lagi berhenti sekejap nak bantu pakcik yang buta ni melintas jalan.

Kejadian berlaku di berdekatan Masjid Lama Batu 6, Gombak hari ini (semalam) pada 1.20 petang.

Mari sebarkan positive vibes perkara-perkara baik ni, nampak je macam takda apa-apa bantu orang yang memerlukan, tapi bagi pakcik tu suatu perkara yang besar membantunya melintas jalan.

Sorry adik rider, akak ambik gambo sembunyi-sembunyi.

Moga Allah SWT melimpahkan rezeki yang melimpah-ruah kat adik dan seisi keluarga. Amin ya rabbal alamin.

Kredit gambar: Fariza Hassan Basri
Kredit gambar: Fariza Hassan Basri
Kredit gambar: Fariza Hassan Basri

Ternyata apa yang dilakukan rider ini sangat menyentuh hati serta patut mendapat penghargaan serta doa oleh kita semua.

Dalam pada itu, beberapa netizen lain turut berkongsi pengalaman mereka yang pernah berhadapan dengan situasi seperti ini.

 

 

 

Sumber: Fariza Hassan Basri

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.