Siakap Keli
Gambar: KELSS

Hidap Penyakit ‘Cerebral Palsy’, Pemuda 21 Tahun Ini Terlantar Sejak 19 Tahun Lalu Perlukan Bantuan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Biarpun usia mencecah 21 tahun, seorang pemuda diuji dengan penyakit di mana beliau tidak mampu menguruskan diri sendiri. Hal ini membuatkan Muhammad Hanif bin Mohd Asri, 21 diuruskan ibunya bagaikan seorang bayi sejak beliau terlantar 19 tahun lalu.

Susulan itu, sukarelawan Kelab Kebajikan dan Sukarelawan Sosial (KELSS) telah tampil bagi menghulurkan sumbangan buat keluarga berkenaan untuk membeli keperluan Muhammad Hanif.

Ikuti kisah anak muda ini di bawah.

Untuk Hanif yang terlantar sejak 19 tahun lalu. Kami dengan ini melancarkan tabung tersebut diatas dengan sasaran RM5,544 bagi membantu meringankan beban seorang pemuda Muhammad Hanif Bin Mohd Asri berusia 21 tahun yang terlantar sejak 19 tahun lalu.

Tabung akan ditutup setelah kutipan mencecah sasaran dan akan diserahkan dalam bentuk berikut,

1) Susu Enercal Plus 900g

5tin sebulan x 6 bln x RM65 = RM1,950

2) Lampin Drypers Classic XXL

4 pek sebulan x 6 bln x RM30 = RM720

3) Nestum 1kg

3 pek sebulan x 6 bln x RM7.30 = RM131.40

4) Quaker Oats 1kg

3 botol sebulan x 6 bln x RM13.50 = RM243.00

5) 1 unit kerusi roda khas, RM1500

6) Bantuan kewangan RM1,000

Jumlah Sasaran: RM5,544

Ikuti kisahnya hasil lawatan awal yang kami lakukan beberapa hari lalu:

‘ Masih Ditatang Seperti Bayi ‘

Muhammad Hanif Bin Mohd Asri walaupun telah berusia 21 tahun namun masih perlu diuruskan seumpama bayi oleh ibunya Zalina Ismani Ismail yang juga seorang ibu tunggal.

Hanif mula terlantar sejak 19 tahun lalu ketika diusia 2 tahun akibat mengalami sejenis penyakit iaitu ‘Cerebral Palsy’.Berat terkini Hanif hanya 15kg.

Anak sulong dari 4 beradik ini kehilangan kasih sayang seorang bapa apabila bapanya telah pergi buat selamanya selepas terbabit dalam satu kemalangan jalanraya 14 tahun lalu.

“Hanif hanya bergantung sepenuhnya pada susu dan nestum, dia tak boleh makan nasi,” kata ibunya yang dikunjungi kru kami melalui lawatan awal beberapa hari lalu di rumahnya di Kg Batu 31, Machang, Kelantan.

Menurut ibunya, kos keperluan khas Hanif hampir RM550 sebulan termasuk susu khas,nestum,bijiran dan lampin pakai buang.

Menurut ibunya lagi beliau tidak dapat keluar bekerja kerana terpaksa menumpukan sepenuh masa pada Hanif dan hanya bergantung pada bantuan bulanan dari JKM dan Perkeso (skim pencen arwah suami) masing-masing RM350 dan RM500 untuk keperluan mereka 5 beranak.

MEREKA yang ingin berkongsi rezeki untuk meringankan beban Hanif, boleh salurkan sumbangan ke akaun rasmi kami sepertimana dipersetujui, CIMB 8602 4983 68 Kelab Kebajikan dan Sukarelawan Sosial. Untuk pertanyaan, boleh hubungi WhatsApp wakil sukarelawan KELSS di link disertakan.

KELAB KEBAJIKAN DAN SUKARELAWAN SOSIAL
PPM 007-03-27052015

Sumber: Sukarelawan KELSS

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.