Siakap Keli
Gambar: JSPT KL

Khemah Di SJR Runtuh, Anggota Polis Cedera Dihempap Khemah Ketika Angin Kencang

KUALA LUMPUR, 15 Nov — Seorang anggota polis trafik cedera selepas bumbung sebuah khemah di sekatan jalan raya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Plaza Tol Jalan Duta di sini, runtuh akibat angin kencang, petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya berkata ketika kejadian anggota polis berkenaan sedang berteduh di dalam khemah yang didirikan di laluan menghala masuk ke pusat bandar bagi kemudahan anggota keselamatan melaksanakan sekatan jalan raya di lokasi itu.

Menurutnya, hujan lebat berserta angin kencang menyebabkan bahagian bumbung khemah itu tiba-tiba runtuh lalu menghempap anggota polis itu mengakibatkan beliau mengalami kecederaan di bahagian kepala dalam kejadian kira-kira 6 petang tadi.

“Mangsa yang bertugas di Bahagian Kawalan Lalulintas JSPT Kuala Lumpur kini berada di Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan,” katanya kepada Bernama.

Zulkefly berkata sekatan jalan raya di Plaza Tol Jalan Duta mula dilaksana sejak 14 Okt lalu apabila PKPB mula dikuatkuasakan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.

—Bernama

KHEMAH RUNTUH DI SJR PKPB TOL DUTATol Duta,15 November 2020 – Ekoran dari hujan lebat petang tadi,khemah yang…

Posted by JSPT KL on Sunday, November 15, 2020

KHEMAH RUNTUH DI SJR PKPB TOL DUTATol Duta,15 November 2020 – YDH ACP Hj Zulkefly Bin Yahya, Ketua Jabatan Siasatan…

Posted by JSPT KL on Sunday, November 15, 2020

Sumber: JSPT

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.