Siakap Keli

Masjid Nasiruddin Shah Di Besut Ditutup Tiga Hari Mulai Hari Ini

KUALA TERENGGANU, 16 Nov – Masjid Nasiruddin Shah di Kampung Raja dekat Besut ditutup selama tiga hari bermula hari ini bagi kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi, kata Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu Mat Azmi Arshad.

Beliau berkata Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu memaklumkan terdapat seorang jemaah yang menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan pada Jumaat lepas (13 Nov) telah disahkan positif COVID-19 semalam.

“Kami menerima maklumat perintah penutupan premis oleh Jabatan Kesihatan negeri mengikut Seksyen 18(1)(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) di masjid itu bagi mengelak penularan wabak tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sehingga kini, Terengganu mencatatkan 16 kes aktif COVID-19 dengan kes terakhir direkodkan di mukim Rasau, Dungun pada 8 Nov lepas.

— BERNAMA

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.