Melihat situasi pada waktu ini, kemudahan teknologi seperti gajet nampaknya sudah menjadi ‘akrab’ dengan kanak-kanak. Sememangnya mempunyai nilai yang positif, namun gajet yang digunakan oleh kanak-kanak juga boleh membuatkan ibu bapa pening kepala.
Ini kerana, seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Sharifah Nur Adleen ini, anaknya telah menggunakan gajet untuk memesan makanan yang begitu banyak.
Antara makanan yang dipesan oleh anaknya itu adalah 12 paket tom yam seafood, 1 paket sup tulang lembu, 2 paket kerabu daging, dan 4 paket sup daging.
Keseluruhan pesanan makanan yang perlu dibayarnya itu berjumlah sebanyak RM 226.76.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:
Rasa nak tetak (ketawa) ka nak nangis ka nak marahh? Anak pun kerjaan.