Siakap Keli

Seramai 210,000 Penerima BSH Yang Lulus Rayuan Akan Menerima Bantuan Mulai 23 November 2020

Sejumlah RM 231 juta Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 akan disalurkan kepada lebih 200,000 penerima yang lulus rayuan akan disalurkan mulai 23 November 2020 ini.

Bagi yang layak, semakan status kelulusan permohonan rayuag boelh dibuat di portal rasmi BSH iaitu bsh.hasil.gov.my  mulai hari ini 16 November 2020.

Menerusi kenyataan akhbar Kementerian Kewangan Malaysia memberitahu bahawa penerima yang layak mendapat BSH, pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank pada 23 November ini.

Penerima yang lulus rayuan ini merupakan individu yang membuat permohonan rayuan pada 7 Ogos hingga 6 September lalu bagi memastikan bantuan yang diterima oleh individu yang layak dan memerlukan.

Bagaimanapun, kerajaan amat peka dan membantu dalam menjaminkan kelangsungan hidup rakyat.

 

Sumber: Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.