Shirataki adalah sumber karbohidrat yang terbuat dari umbi tanaman konjac (Amorphophallus konjac). Bahan makanan ini akan menjadi sumber yang terkenal di kalangan untuk mereka yang mengamalkan diet karbohidrat dan gluten. Selain itu, shirataki juga memiliki rasa yang neutral sehingga mudah digandingkan dengan lauk atau bahan makanan lain.
Di Jepun, Tiongkok sampai Korea, shirataki sudah menjadi bahan utama dalam pembuatan mi, nasi, tahu, jeli dan ubat tradisional sejak ribuan tahun dahulu. Merujuk Verywell Fit, sumber bahan makanan ini dikenal sebagai makanan ajaib. Hal ini kerana mi atau nasi shirataki mempunyai kandungan karbohidrat, lemak, serta kalori yang minimum.
Berikut lima manfaat sumber shirataki untuk kesihatan tubuh badan.
1. Meningkatkan pengambilan serat
Merujuk kenyataan dari Healthline, salah satu keistimewaan shirataki adalah kandungan serat glukomanan. Serat ini termasuk jenis serat larut yang sangat kental dan mampu menyerap air serta diubah menjadi gel. Glukomanan seperti buih ajaib yang dapat menyerap air sampai 50 kali ganda dari yang asal. Serat kental glukomanan boleh bertindak sebagai prebiotik. Zat ini mampu memberi makan bakteria baik pada usus besar.
Pada usus besar tersebut, bakteria melakukan proses penapaian serat menjadi asam lemak rantai pendek. Setelah proses tersebut, zat ini boleh membantu melawan peradangan, meningkatkan sistem daya tahan tubuh, dan memberikan manfaat kesihatan lainnya.
2. Bantu menurunkan berat badan
Manfaat shirataki yang mungkin terlepas pandang adalah mampu membantu menurunkan berat badan. Serat kental dalam mi atau nasi shirataki dapat malambatkan proses pencernaan dan rasa kenyang yang lebih lama oleh kerana teksturnya yang kenyal dan bersifat gel.
Proses ini merangsang pelepasan hormon usus yang memberikan tindak balas pada perut untuk sentiasa merasa kenyang. Juga glukomanan yang terkandung dalam shirataki mampu mengurangkan hormon ghrelin yang mengawal rasa lapar.
3. Menurungkan kadar gula dalam darah
Glukomaman terbukti dapat membantu menurunkan kadar gula darah pada penghidap diabetes dan ketahanan insulin. Kerana serat kental memangjangkan tempoh rasa lapar pada perut, jadi kadar gula dalam darah dan insulin naik secara bertahap, seiring dengan penyerapan nutrisi dalam darah.
Sebuah penelitian membuktikan, penghidap diabetes tahap 2 yang makan glukomanan mengalami penurunan pada penanda gula dalam darah fruktosamin.
4. Menurunkan kolestrol
Penelitian lain menunjukkan, glukomanan dalam shirataki dapat membantu menurunkan kadar kolesterol. Menurut mereka, glukomanan dapat meningkatkan pengeluaran kolesterol melalui kotoran dari buangan air besar. Dengan begitu, kolesterol yang menyerap pada aliran darah lebih sedikit dan kadar kolesterol jadi lebih rendah.
5. Mengatasi sembelit
Kandungan serat glukomanan dalam shiratake mampu mengatasi gangguan pencernaan seperti sembelit. Penelitian menunjukkan, serat ini berkesan mengatasi masalahsembelit yang teruk pada kanak-kanak yang diberi glukomanan. Bagi orang dewasa, glukomanan boleh meningkatkan frekuensi buang air besar sampai menambah jumlah bakteria baik pada usus.
Untuk mendapatkan manfaat shirataki untuk kesihatan yang optimum, pakar menyarankan untuk mengamalkan shirataki semula jadi seperti mi dan nasi, bukan dalam bentuk makanan tambahan. Pada umumnya shirataki selamat untuk di amalkan. Namun, bagi orang yang tidak terbiasa dengan makanan berserat, kesannya akan menyebabkan perut kembung dan menjadi punca buang air besar. Namun, keadaan tersebut bersifat sementara dan boleh hilang dengan sendirinya setelah perut sudah terbiasa.
Selain itu, penghidap diabetes perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum makan mi atau nasi dari sumer shirataki. Ini kerana, pengamalan bahan semula jadi ini mampu mempengaruhi pengubatan diabetes.
Sumber- Kompas.com