Siakap Keli
Gambar: BOMBA MALAYSIA

Budak ‘Oyen’ Jatuh Sungai Berjaya Diselamatkan Oleh ‘Abam’ Bomba Curi Perhatian Ramai

Seekor kucing yang jatuh ke dalam sungai berdekatan D Island Putra Perdana, Puchong berjaya diselamatkan oleh sekumpulam ‘abam’ bomba.

Apa yang menarik perhatian ramai, kucing tersebut sering menjadi bualan orang ramai. Mana taknya, ia berwarna oren atau lebih mesra dengan panggilan ‘Oyen’.

Menerusi perkongsian daripada laman rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menunjukkan seekor kucing ‘Oyen’ diselamatkan oleh seorang abam bomba. Ia bernasib baik kerana terperangkap di atas longgokan sampah yang tersangkut pada tiang jambatan dan tidak hanyut.

Gambar yang dikongsikan tersebut menunjukkan kegigihan anggota Bomba menyelamat kucing tersebut dan diserahkan kepada tuan empunya kucing.

Namun apa yang meghiburkan ramai pembaca adalah di mana rata-rata warganet seperti berteka-teki jantina Bomba yang menyelamatkan kucing tersebut. Walaupun mereka tahu yang menyelamat kucing tersebut merupakan anggota lelaki.

Bagaimanapun, orang ramai turut mengucapkan terima kasih dan bangga dengan pergorbanan anggota Bomba menyelamat haiwan kesayangan ramai.

 

Sumber: Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.