Pelakon Jepun, Akira Kubodera dilaporkan meninggal dunia pada usia 43 tahun. Pelakon itu ditemui dalam keadaan koma di apartment rumahnya di Tokyo pada Jumaat, 13 November lalu dan disahkan meninggal dunia setibanya di hospital, lapor The Independent.
Siasatan awal oleh pihak polis mendapati terdapat unsur bunuh diri. Berita pemergiannya itu telah disahkan agensi miliknya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Dalam kenyataan itu, agensinya mendakwa pemergian itu disifatkan terlalu tiba-tiba bagi keluarga dan rakan-rakannya.
Pelakon yang dilahirkan dan membesar di Tokyo itu telah membintangi beberapa siri televisyen sejak tahun 2003. Beliau terkenal dengan lakonannya sebagai Kunzite dalam Pretty Guardian Sailor Moon (2003-2004),
Pendapatan pelakon itu dipercayai terjejas teruk susulan pandemik COVID-19
Akira sebelum ini pernah muncul dalam filem Strawberry Night (2013) bersama mendiang Yuko Takeuchi dan siri televisyen Last Cinderella (2013) di samping mendiang Haruma Miura.
Beberapa bulan kebelakangan ini, industri hiburan negara itu dilaporkan kehilangan beberapa selebriti dipercayai akibat bunuh diri. Takeuchi, 40, Sei Ashina, 36 dan Takashi Fujiki, 80 sebelum ini ditemui maut di rumah masing-masing pada September. Sementara itu, Miura, 30, ditemui maut di rumahnya pada Julai manakala Hana Kimura, 22, meninggal dunia pada Mei lalu.
Akira membintangi Kamen Rider Blade sebagai Kanai dan Kamen Rider Kiva sebagai Aberu. Beliau juga telah menjayakan watak sebagai Doktor Fujita dalam Kamen Rider OOO.
Sumber: The Independent