Kuala Lumpur, 17 November – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di sepuluh buah negeri pada petang ini.
Berdasarkan amaran tersebut, hujan lebat dan ribut petir dijangka bakal melanda beberapa negeri di Semenanjung dan Sabah Sarawak.
Amaran itu dijangka di keseluruhan negeri Perlis dan Johor serta beberapa daerah di Kedah, Perak, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.
Hujan lebat disertai ribut petir dijangka berlaku sehingga 5 petang ini. Oleh itu, orang ramai di daerah terlibat dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati ketika melakukan aktiviti di luar rumah atau bangunan.

Sumber: MetMalaysia