Disney telah memuat naik gambar dari beberapa bilik di hotel yang bertemakan Star Wars iaitu Stars Wars: Galactic Starcruiser. Merujuk Travel Pulse, Isnin 16 November, para penggemar Star Wars dapat menikmati sensasi penginapan selama dua hari di pesawat luar angkasa dan menjelajahi ruang seakan-akan Black Spire Outpost di Batuu.
Menurut laman web rasmi Star Wars, Batuu dulunya merupakan pusat hentian paling terkenal di kalangan para pedagang dan pelancong dalam dunia film Sci-Fi tersebut. Sementara Black Spire Outpost adalah tempat para penyeludup menjaja dagangan mereka di antara sisa pokok-poko yang menjulang. Jika mengikuti dunia Star Wars, Batuu telah menjadi salah satu tempat yang terkenal kesan daripada pertikaian antara First Order dan Resistance.
Perasaan seperti berada dalam dunia Star Wars
Disney menggunakan kepintarannya untuk membawa pengunjung ke pengalaman yang lebih jauh. Setelah di bawa melalui hyperspace menggunakan Launch Pod, para tetamu akan menginap di Halcyon. Selama bermalam di sana, pengunjung akan diberi kesempatan untuk bertemu dengan karakter-karakter Star Wars dan berinteraksi dengan kru-kru filem tersebut. Para pelancong dapat menikmati hidangan sambil menikmati suasana yang seakan-akan berada di sebuah kapal amgkasa menerusi bilik-bilik yang mengagumkan.
Kanak-kanak akan diberikan ruang tersendiri dengan katil bertingkat yang berada di sisi bilik. Di sana juga terdapat sebuah “jendela” yang mungkin mereka terlihat seperti luar ruang angkasa. Star Wars: Galactic Starcruiser merupakan sebuah hotel bertemakan kemewahan yang terletak di Epcot Resort Area, Florida, Amerika Serikat. Khabarnya, hotel ini akan dibuka pada tahun 2021 secara rasmi.
Berdasarkan informasi dalam Disneyworld.disney.go.com, lobi hotel memiliki reka bentuk seperti Launch Pods sehingga memberi kesan kepada para tetamu bahawa mereka sedang berada di pesawat luar angkasa seperti dalam filem Star Wars. Terdapat juga fasiliti The Bridge yang menunjukkan kepada para tetamu bagaimana para staf hotel “menavigasi” Star Wars: Galactic Starcruiser.
Selain reka bentuk hotel yang membawa tema Star Wars, beberapa aktiviti menarik seperti latihan memegang lightsaber pun khabarnya akan disediakan di sana.
Sumber- Travel Pulse