Setiap orang pasti tidak akan terlepas dari menghadapi ujian yang telah ditetapkan untuk diri masing-masing sejak azali.
Terkadang, ia sememangnya sukar untuk dilalui terutama apabila perlu belajar menerima kekurangan diri.
Pun begitu, kehidupan tetap perlu dilalui dengan tabah dan cekal.
Seperti seorang insan ini yang tanpa kenal erti penat tetap berusaha mencari rezeki walaupun tiada kedua-dua tangan.
Melalui kiriman Shahrin Razi di Facebook, beliau berkongsi mengenai lelaki yang dikenali sebagai Dekk’s Mat.
Beliau tetap tersenyum dan gigih mencari rezeki dengan menjual nasi lemak.
Menjual berdekatan dengan 7Eleven stesyen LRT Cheras, beliau dipuji warganet kerana mempunyai semangat serta kecekalan untuk mencari rezeki sendiri tanpa mengharap bantuan dari orang lain.
Assalamua’laikum,
Ujian demi Ujian ditempuh oleh INSAN HEBAT ini untuk mencari rezeki walaupun tiada kedua-dua tangan. Namun tetap bersenyum..
*biarlah gambar meceritakan segalanya.
#jombeli #jomsupport Dekk’s Mat
Lokasi: Berdekatan 7Eleven station LRT Cheras



Sumber: Shahrin Razi