Siakap Keli
Gambar: Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia

“Masamnye Muka,” Si ‘Uteh’ Buat Hal Pula, Tersangkut Atas Pokok Tinggi Sampai Abang Bomba Kena Selamatkan

Kucing sememangnya terkenal dengan sifat manja, aktif malahan ada juga yang nakal.

Kenakalan mereka itu kadang kala akan menimbulkan kesusahan pada diri mereka juga.

Seperti yang dikongsikan oleh akaun Facebook Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia yang dipetik dari Bomba Subang Jaya ini, seekor kucing yang berwarna putih atau lebih dikenali sebagai ‘uteh’ dalam kalangan warganet, telah tersangkut di sebuah pokok.

Kejadian yang dilaporkan di Subang Jaya itu menunjukkan seekor kucing putih yang terperangkap pada sebuah pokok yang tinggi.

Pemanggil yang risau akan keselamatan kucingnya telah menghubungi pihak bomba bagi membantu menurunkan kucing itu.

Pihak bomba kemudiannya terus bergegas ke lokasi berkenaan dan berjaya menurunkan kucing tersebut seterusnya menyerahkannya kepada pemanggil.

Warganet yang melihat perkongsian tersebut turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada pasukan bomba yang menyelamatkan kucing tersebut.

Sumber: Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.