Nasib malang bagi seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dipaksa mengahwini lelaki berusia 48 tahun dalam upacara perkahwinan di Filipina. Dipaksa berkahwin dengan lelaki yang layak digelar ayah. Bukan itu sahaja, dia terpaksa menjaga anak suaminya itu yang seusia dengan dirinya.
Di bawah merupakan beberapa gambar pasangan tersebut yang menjadi viral di media sosial.
Didakwa bahawa remaja perempuan itu telah sah menjadi isteri kelima Abdulrzak Ampatuan dengan upacara perkahwinan Islam. Walau begitu, pengantin lelaki itu tidak menyesal menikahi remaja yang seusia dengan anaknya.
“Saya gembira dapat menjumpainya dan menghabiskan hari-hari saya bersamanya dan dia akan menjaga anak-anak saya,” katanya.
Bagaimanapun, dia memaklumkan bahawa ingin mempunyai anak bersama isterinya itu hanya isterinya berusia 20 tahun.
Tambahnya, dia akan menghantarkan isterinya ke sekolah supaya mendapat pendidikan seperti orang lain sementara mereka belum bersedia mempunyai anak.
Terdapat beberapa kawasan di Filipina terutamanya di wilayah Mindanao di mana individu di bawah umur dibenarkan berkahwin selama individu tersebut mencapai usia akil baligh.
Menurut Data Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) menyatakan Filipina berada di tangga ke-12 di dunia dengan anggaran sebanyak 726 000 jumlah pengantin di bawah umur.
Sumber: Mirror UK