Siakap Keli
Gambar via Soranews24.com

Viral Balang Pringles ‘Gergasi’ dI Jepun, Setinggi 161cm Buat Ramai Penggemar “Potato Chips” Teringin Nak Beli

Pada tanggal 11.11 yang lalu telah digemparkan mengenai syarikat di negara Jepun telah melancarkan satu hari yang digelarkan sebagai Hari Pringles. Hal ini tercetus di mana sebuah syarikat di Jepun telah menciptakan balang Pringles dengan ukuran panjangnya 161 sentimeter (63.4 inci).

Kelihatan seorang lelaki yang bernama Ahiru Neko yang terkejut apabila mendapati sebuah bungkusan yang panjang dan tinggi di meja kerjanya. Bahkan, ketinggian balang tersebut hampir sama dengan ketinggian dirinya.

Gambar via Soranews24.com
Gambar via Soranews24.com

Tanpa membuang masa, dia memutuskan untuk membuka bungkusan tersebut dan mendapati sebuah balang yang dipenuhi dengan potatoes chips jenama Pringles.

Gambar via Soranews24.com

Sehubungan dengan itu, dia mengambil keputusan untuk menikmati waktu rehatnya dengan berjalan-jalan di sekitar tempat kerjanya dan makan makanan ringan tersebut dengan perasaan yang gembira.

Ahiru Neko tidak mampu untuk menghabiskannya sendiri dalam satu masa. Maka, dia menawarkan potatoes chips tersebut kepada rakan kerjanya yang lain.

Gambar via Soranews24.com

Sumber: Soranews24.com

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.