Selaras dengan perkembangan semasa, MAMPU telah mengumumkan 10 agensi kerajaan dengan 100 peratus pencapaian cemerlang menerusi sistem penilaian kepuasan pelanggan (eRating) bagi bulan Mei hingga September 2020.
Antara senarai agensi tersebut adalah Jabatan Imigresen Malaysia, UTC Pudu Kuala Lumpur, Pejabat Kebajikan Masyarakt Rembau, Negeri Sembilan, MAMPU Sabah, Klinik Nur Sejahtera, LPPKN Kuching, Sarawak, Klinik Nur Sejahtera, LPPKN Ipoh, Perak, Majlis Perbandaraan Bentong, Pejabat Kebajikan Masyarakat Port Dickson, Negeri Sembilan, MAMPU Sarawak, Pejabat Kebajikan Masyarakat Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan Hospital Tuaku Fauziah, Kangar, Perlis.
Tujuan perlaksaan eRating ini adalah untuk mewujudkan budaya kecemerlangan berteraskan prestasi melalui saingan sihat di kalangan agensi sektor Awam.
Sumber: Imigresen MY