Memotong sayuran dan bahan tumisan menjadi satu perkara yang wajib ketika berada di dapur. Namun, setiap kali memotong bawang sama ada bawang merah, bawang putih, bawang bombay atau pun daun bawang, hal itu selalu membuatkan air mata jatuh. Sebenarnya, apa penyebab kita menangis saat menghiris bawang? Rupanya, bawang mengandungi bahan kimia tertentu yang jika digabungkan akan menghasilkan gas yang membuat mata kita terasa pedih dan berkaca-kaca.
Senyawa kimia dalam bawang bombay iaitu sulfoksida dan sintase bergabung setelah bawang dihiris. Gas yang terbentuk, iaitu, syn-propanethial S-oxide, merangsang kelenjar mata kita dan menyebabkan mata berair. Untuk mengatasi masalah ini, sebelum memotong bawang, lakukanlah beberapa persiapan. Persiapan ini akan mengurangi jumlah syn-propanethial S-oxide yang dikeluarkan oleh bawang dan mengelak gas dari terkena mata.
Anda boleh menggunakanlah pisau tajam atau pisau yang baru diasah untuk mengurangkan tekanan ketika memotong bawang yang boleh merosakkan permukaan bawang. Hal tersebut akan mengurangkan tindak balas kimia yang terkandung dalam bawang. Anda juga boleh memasukkan bawang ke dalam peti sejuk atau peti beku sebelum menghirisnya. Hal ini akan mengurangkan zat kimia yang ada pada bawang yang membuatkan mata menjadi pedih.
Pertama, mulakan dengan memotong bahagian paling atas terlebih dahulu. Biarkan bahagian akar dipotong paling akhir. Kemudian, hiris bawang pada bahagian tengah dan sesuaikan ketebalan yang diinginkan. Potong hingga sampai ke ujung akar dan potong bahagian hujung dengan perlahan-lahan. Ini akan membantu mengurangkan pelepasan terlalu banyak gas yang penyebabkan linangan air mata. Setelah menghiris bahagian tengah, potong akarnya dan mula membuat potongan baru melintang di atas bawang.
Nyalankan api untuk membakar sebatian belerang yang akan mengurangkan gas yang masuk di mata. Ada juga yang mencadankan untuk menggigit sepotong roti ketika menghiris bawang. Roti akan bertindak sebagai span yang akan menyerap gas tersebut agar tidak menyakitkan mata.
Sumber- Kompas.com